awkward moment :')

Salam . Agak lama tak update blog . Biasalah busy . Dengan assignmentnya belambak , dengan due date kenmain cepat . Serius letih . Hari-2 dok tidur pukul 2 3 pagi . Ni dah 2 malam tidur pukul 5 pagi . Koyak bak angg . Hm , taktau nak cakap apa dah , badan dah lepak habis dah .

Pasal tajuk entry kali ni , just nak cerita pasal , benda yang dekat tapi jauh , benda yang nyata tapi ghaib , benda yang boleh sentuh tapi tak sampai . Hm , mesti dok fikir cerita hantu lettew , biasa typical melayu kan . haha . Ni pasal hati mungkin .

Sya suka someone . tu kira statement petama . Kedua , sya just tau nama and dia course apa . Ketiga , sya tak penah cakap dengan dia . Act , sya satu kelas dengan dia dr sem 1 , tp sya tak penah perasan dia pong :') Sebab dengarnya masa sem 1 dia jarang datang sebab sakit . Masa sem 2 sya ada jugak kelas dengan dia , basic cookery , Food service and FOF tu jelah kot rasanya . haih haih :')

Kenapa sya suka dia ? Dont know , sebab maybe dia nampak coolio gilos . Orang lain dok bedekak gelak , dia cool aje senyum . Haha . Good looking jugak , but for me lah . Susah nak describe macam mana bila kita dah suka someone tu kan .

kenapa sya kata dia dekat tapi jauh , dia nyata tapi ghaib ? sebab awkward bila tersuka dekat orang yang sebenarnya langsung tak penah perasan kita :') Even nama sya pon dia tak tau . haha . sedeh kan . Sya suka dalam diam , sya adore dalam hati , sya pandang senyap-2 . Langsung pon tak berani nak tegur or even say hi , motif lah kan nak tetiba hi org yang langsung tak penah kenal kita .

Bila sya fikir semua ni , sya tanam dalam hati , jodoh tu rahsia Allah . tak perlu kita kejar cinta , serahkan aje dekat Dia , cause He knows the best for us kan . Tapi sangat lah mustahil kalau sya dengan dia pon , 0% lah senang cerita , minus mungkin . Sya hanya mampu pandang dr jauh dan berdoa , andai dia yang Allah bagi , jaga lah hati dia untuk sya . Tapi kalau bukan dia , redha kan hati sya dan hilangkan lah rasa suka biar sya tak taksub dengan perasaan sendiri .

And now , sya nak hilangkan rasa suka ni sebab entahlah . Mungkin sebab sya rasa dia takkan pandang sya kot . So chaiyok !

Jin meet Setan ^.^

Assalamualaikum ,

Siapa jin ? haha . Orang yang sya kenal since sya darjah 6 . Orang yang special dalam life sya . Dari kawan , jadi lebeh dr kawan , then jd kawan balik , then lebeh dr kawan and now jadi bestfriend sya :') Nak cerita pasal dia serius tak cukup lah satu post . 7 tahun kot kenal . haha . Setan pulak siapa ? sya lah . Nama yang sya dengan dia cipta sendiri . haha .

Sya ulang lah siket sejarah kiteorg eh , 2 tahun 6 bulan 1 minggu sya kapel dengan dia . 2tahun sya dengan dia guna aku-kau , kadang-2 org pon pelik kiteorg ni kapel ke tak . hahah . 6 bulan tu baru panggil bebaik siket . 11.10.2008-28.4.2012 . Then haritu kapel balik 1 minggu aje . kiterog lost contact lama , 1 tahun 8 bulan . Then contact tapi biasa-2 aje . Sampai lah satu haritu , sya mintak dia jadi bestfriend sya :') sebab masa tu sya dah ada pakwe :')

Antara kenangan jd febret sya , gatah cili sama-2 sampai dia gastrik . haha . masa tu sumpah sya lupa dia gastrik . Masa mula-2 dia bg sya hadiah . Dia bagi ILY . Masa tu sya tengah keluar rehat . balik aje dr rehat sya tengok beg sya kemain gemok , then bila bukak ada satu bear kucing warna putih . So sya decide nak letak nama dia ILY . ada lagi sya simpan sampai sekarang . Banyak lah lagi . Sya tak lupa .Sya tak sangka kiteorg boleh rapat balik . Cemana boleh rapat sya pon tak tau , nasib dia text sya dulu , sya nak text segan , sya kan perempuan :3 Hari selasa haritu sya kata ' mok orang kena balik naik ktm sensorang' then dia kata nak org teman tak ?' sya kata 'boleh ke ?' hihihi . Dia kata ' jumpa kat mana ?' sya kata 'kl sentral' . Hari jumaat lepas kelas , sya terus gerak pg kl sentral . dia suruh tunggu dekat mcd . Then dia sampai , sya taknak makan , heartbroken punya pasal en . So dia sorang lah pg beli makanan . Tetiba dia datang bawak 2 burger . "selagi tak habis , tak boleh balik" haha . Thank you mok belanja sya mcd yeh . Lepas tu dalam train , sya tak kasi dia tido . sebab nanti sya bosan , so borak hal memasing , lama kot tak jumpa . Then sya tepandang peta train tu , baru sya tau , dr bangi dia pg kl sentral then baru balik seremban . kira main patah-2 balik en . Thank you again mok :') Awak still tak berubah dr dulu .

Dah sampai senawang , borak-2 kejap , andak dtg jemput . Esok pg tu , dia call 'sya jom pg makan?' sya kata 'nak makan mana?' Dia kata tak tau . Sya suruh dia jemput sya , sebab sya fail bab-2 parking , so sya tak nak drive . Tak boleh bla , dedua tak mandi poie sarapan dekat penghulu cantik . hihi . Then dah settle makan semua , dia hanta sya balik . Kantoi pulak dengan ibu and ayah sya keluar dengan dia , haha . Tak kena marah pon , sebab semua family sya dah kenal dah . Petang tu ayah mintak pg giant kejap cuci gambar , once again , jumpa dia , haha . Tapi kejap aje , nak balik bangi katanya , nak tgk bola .

Thank you mok for everything . thanks for the laugh , for the jokes , for the story , thank you for spent time with me , even sya tau lepak dengan sya bosan . Lepas tu sya suka carik pasal dengan awak en , haha . Awak sabar je dengan perangai sya . Thanks gila sebab ada bila sya ada masalah , hilang rasa sedeh duduk dengan awak :') Sya happy gila bila lepak dengan awak . Thank you :') You will never be replace lah mok :'/

CERITA DAN LAGU :')

Assalamualaikum ,

kalau dulu dekat kem sya selalu gila nyanyi lagu bukan diriku - samsons . sya tak tau kenapa sya suka gila . haha . nak tengok lirik dia tak ?

Setelah kupahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat kusangsikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu

Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku berbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku

Walau kumasih mencintaimu
Kuharus meninggalkanmu
Kuharus melupakanmu
Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Kuharus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku

Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang lama menyentuhmu
Bukanlah diriku


sama tak dengan cerita sya ? samakan ? haha . tak sangka pulak . Bila fikir-2 balik , apa yg kita cakap tu kan doa ? bila kita menyanyi still consider cakap kan sebab keluar suara ? so sya pon dah nyanyi lagu tu lebeh 40kali . haha . *gurau-2 . Sya tau tu semua takdirkan . tapi tak sangka pulak lagu tu sama gila . tak tau nak kata apa dah . haa , lagu blog ni . Dia selalu nyanyi untuk sya . Sebenanya dia takde niat pon nak bg sya lagu ni , dia just tertulis dalam buku sya , then sya tebaca . Sya mintak dia tolong nyanyikan . Sya tau lagu ni untuk ex dia :') mana sya tau ? haha . Sya kaki stalk :') jangan risau sya stalk orang yg sya rasa sya nak stalk aje :') haha . Btw , girl , kau beruntung dia sayang kau . Kau beruntung dia pilih kau . aku harap kau jagalah dia . Jangan buat dia sakit , sebab dia pilih kau . Bila dia pilih kau tu kira dia anggap kau yg terbaik . Semoga bahagia :')

The begin-ends relationship :')

hey . Lama nya sya tak update . yep normally orang akan update bila dia sedihkan , same goes to me . Sya just nak cerita pasal benda yang jadi dekat sya . Mungkin post ni agak panjang for 2months punya story . 2months je ? why ? hahaa , will see until the end of the story okay :')

B (bukan nama sebena) , someone yang sya kenal masa sya dekat PLKN . cerita dia memula macam ni . Sesiapa yang penah masuk plkn mesti tau kan kita akan dipecahkan masuk kelas CB (character building) . Sya tecampak masuk CB1 . Masa memula masuk tu , sumpah senyap sebab takde kawan nak borak , then cikgu kata , okay cikgu nak bagikan kamu semua dalam kumpulan kecil . then the storyyyyy begin :') sya satu kumpulan dengan B.Tak becakap pon , then cikgu kata okay cikgu nak kamu semua cipta nama kumpulan masing-2 . Then jadilah COOL . Lepastu masa main bola juggle tu , dia kata " aku tengok dia dengan yang ni aje muka paling relax sambut bola " sambil tunjuk sya dengan lagi sorang perempuan tu . Sya pandang jelah . The next day , masa nak keluar rehat dia panggil masa dekat pintu ' sya nak tukar nametag boleh ? ' Sya macam blur pon ada sebab tak kenal en tetiba tegur . sya pon macam haa okay . Lepas rehat masa duduk dalam bulatan sya duduk sebelah dia . Tah cemana boleh borak pasal hantu tah , dia kata dia tak takut hantu . Sya katalah ' woi , kau jaga aku tau ' Dia gelak dia kata ' Ye aku jaga kau ' sya cakap ' janji? ' dia kata ' janji! ' .

Sesiapa yang tak buat medical check up kena pegi hospital untuk buat bendalah tu . Once again , dia ada lagi . Masa nak jalan buat urine test tu , kawan dia cakap ' Eh B mintak no kau ? ' Sya senyum je . Sya terus jalan . Lepas tu masa dekat DM (dewan makan) masa tu tengah jalan nak balik dorm . Tetiba membe dia datang , 'Woi dia nak no kau ?' sya kata 'nanti aku takde kertas sekarang' then kawan dia kata ' buku dekat tangan kau tu apa ?' HAHA . So sya bagilah . Masa dalam kelas CB dia kata ' orang dtg sini ada sebab orang nak carik awek perangai macam orang , orang dah jumpa , tapi orang tak tau dia nak ke tak ? ' Sya katalah ' lah , cakap dekat org buat apa , pglah cakap dekat dia ?' Then dia jawab 'dia tu sya lah' sya macam tegamam jugak . Then dah text macam biasa . Sya tak terima lagi . Then sya colour bendera DELTA dengan dia , Apek tak kasi , dia kata biar je sya colour . Masa tu kena marah semua sebab salah colour . HAHA . Sampai ada satu hari tu , dia ulang balik soalan tu . Sya tanya kechik ' chik , dia mintak kapel ?' Chik kata ' haa , okay je lah ' . Sya pandang dia 'sya kata okay' dia terus bla . Sya blur kejap . Then masa jalan nak pg surau , kebetulan nampak dia , sya tanya kita dah kapel ke ? dia kata kalau dah dahlah , tak taklah . Sya kata , Sya kata okay tadi , taknak sudah . Then dia kata ' okay-2 nak-2 ' . Malam sabtu tu , dia mintak break . Dia kata org tgk sya lagi bahagia dengan Z . Sya kata penah ke sya cakap sya suka Z ? Then Kecik tlg . Dia text sya ' sy suka awak , sy sayang awak , sudi tak awak terima sy ? ' sya jawab ' sya suka awak , sya syg awak ' Dia tanya lagi , sudi tak awak terima sy ? ' sya jawab okay . 13/04/2013 :')

Banyak benda jadi , gaduh jatuh bangun duduk bediri . Semua sama-2 . Kelas CB 1 banyak sangat memori . Ada sekali tu , masa tengah buat origami tu , sya cakap kat dia ' Awak , burung sya tak boleh tegakkkkk ! ' dia gelak je ' dia kata mok burung mana boleh tegak ' sya agak faham maksud dia . sya tunding jari ' sya kata woi , awak ckp apa ?' then dia tarik jari lepas tu dia gigit kuat-2 . apak sakit je ! HAHA . Lepastu dia tinggi en , so kalau nak cakap ke apa ke , memang sya kena mendongak tengok dia . Masa tu sya pandang muka dia sebab sya tengah bebel apa tah , lepas tu dia tunduk , tiup muka sya . Tekedu jugak masa tu . Kalau sya tengah temenung dekat koop , mesti dia dtg tiup dr belakang , lepastu sya melatah .

Ada satu haritu penceramah datang kem sya nak bg ceramah . lepas habis ceramah , orang tu suruh apek tarik satu sampul surat dalam tu ada soalan . apek kena jawab dekat depan . Apek tak dapat jawab ,
penceramah : panggil salah sorang kawan kamu .
apek : B delta .
dia pon pegi depan , haha . tak dapat jawab .
penceramah : okay , panggil salah sorang wirawati . Ramai jerit sya . tapi sya tak expect lah dia panggil sya .
B : siti aisyah .
sya : (diam , tengah pegang kertas bingo) bisik kat org sebelah . aisyah dalam delta , ada 3org . haha .
Penceramah : sebut nama penuh dia .
B : SITI AISYAH BT MOHD TAUFIK .
ahhhhhhh sudah . Sya dah lah tak dengar pape , tengah sibuk main bingo kat belakang . pg depan dengan gerak pelahan , tgk dia dah gegelak dekat bawah pentas . hahaha . Lepastu sya panggil komathie , kesian komathie jd mangsa . Masa ulang tahun ke-10 plkn , kiteorg kena pilih acara nak masuk apa , ada tts , senam seni , kembara halangan , im4u . Sya tak nak masuk apa-2 . Tetiba dia suruh sya masuk senam seni . Dia kata masuk ! haha . Sya pon join lah . Sya nak tarik diri , sebab sya mana pandai menari . dia kata ' jangan , mana ada B situ ada sya ' . lagi sehari nak petandingan , dia boleh tarik diri tanpa pengetahuan sya . masa tengah belatih , dia lalu depan sya singeh-2 . Mak aih , sakit eh hati den ! hahaha . Banyak gila kenangan kita . Hari ahad selalu makan sama . Makan dengan family kechik , nobit , anjang , yaya , sya and family B . Masing-2 dah kenal . Sya ada buku , blackbook and lagi satu buku warna warni . semua ada dekat dia :') sebab dalam plkn takde tepon , so main balas-2 guna buku aje . Banyak surat . Banyak kenangan . Banyak benda jadi . izinkan sya simpan yeh :')

sampai lah satu hariniiiiii , 27/06/2013

girl : ni aisyah ea ?
sya : haah , kenapa ?
girl : kau kapel dengan @#*#^% ke ?
sya : kenapa ?
girl : tanya je , salah ke ?
sya : ouh
girl : kau kapel ke ?
sya : haah , kenapa ?
girl : dah berapa lama ?
sya : 2bulan . kau nak apa ni ? cakap terus jelah , aku takde kredit .
girl : aku awek dia . kau still kapel dengan dia ke ?
sya : ouh yeke ? takpe jelah , dah break lah ni . jaga dia baik-2 . sorry ambik dia . assalamualaikum .
girl : ouh dah kantoi baru nak break . baguslah . patutlah selama ni aku dengar nama kau aku sakit hati , rupanya korang kapel . wsalam .

for you girl : sumpah aku tak tau . aku mintak maaf . aku takde niat nak rampas sesiapa . jaga dia . buat dia happy . itu aje aku mintak . aku takkan kacau sapa-2 . bukan hak aku . semoga kekal and happy selalu :')

for you B : terima kasih atas semua benda yang jadi . Sya tak salahkan awak , mungkin sya banyak kurang . Jagalah dia baik-2 , jangan ulang benda yang sama . jangan buat dia macam sya kena . sakit dia tak tau cemana nak cakap . Jangan buat dia lagi , jaga hati dia . Semoga kekal and happy selalu . Maaf untuk semuanya . salam :')

Childhood .

Hi :) kita rindu sangat masa zaman kanak-2 kita . Tak ada masalah , tak ada rasa down semua . Yang kita tau gelak , happy , nak main , itu aje . Tapi sekarang macam-2 rasa kita ada , macam-2 benda kena pike . Nak kena jaga hati semua orang , nak kena pike hati sendiri . Rasa nak nangis , nak marah , nak diam , nak tidur , tak nak buat apa-2 , nak buat orang lain happy . Masalah tu , masalah ni . EVERYTHING ! Semua buat kita rasa entah lah , happy ada , sedih ada , rasa nak jauh-2 pon ada .

Susah nak kita describe apa kita rasa . Susah jugak nak bagi orang faham apa kita cuba sampai kan . And kita beruntung sangat sebab yayan and acela faham apa yang kita tak terangkan , dengar apa yang kita tak cakap , rasa apa yang kita rasa , tahu apa yang kita pendam , Dieorang macam fairy . Mungkin salah satu sebabnya kiteorang penah rasa benda yang sama . Afa jugak caring sangat , always bbm , tanya okay ke tak . And seriously , they make me feel better :'*

Sooooo , hari ni kita buat #throwback zaman silam , tapi tak semua lah , sebab mana cukup satu hari , hahaha . Kita main dengan adik and aiman (darjah 6) , Aliya (darjah 3) , Alfa (darjah 2) , Ammar (3 tahun) . Dieorang serius kelakar gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !









Lupa sekejap masalah , lupa sekejap rasa hati . Andddd Kak kin , acik and ain datang . Againnnn , happy meee :'D Acik ajak keluar makan , APA SEMUA KEDAI TUTUP ? acik kata SUNDAY MAA ! Then kiteorang pegi mafa , makan cucur udang , baru nak tambah , toke kata semua dah habis , SEDEYYY ! Semua lapar , and kiteorang gerak pegi stadium sambung makan lagi ! hahaha , teruknyaa ! kak kin terserempak dengan ex-sayang . Kita usha-2 dari jauh , sweetnyaaaa dieorg :') Malam pulak , kita text dengan ika and lian and sangat-2 rasa nak nangis T.T aduh asya godik ehhh >< Kita sayang korang berdua <'3 and thanks afa for the cares :'3

Kita sayang awak tapi kita tak nak harap apa-2 . Kita sayang awak tapi kita tak nak awak tahu . Kita sayang awak tapi kita harap awak bahagia :'* Much love , Asya :'3

Zulaika Monroe :')

Kita baca blog awak tadi . HAHA . Yelew , kita nangis . haha . gila mok tak nangis , lagu tu yang kita nyanyi sama-2 malam tu kan masa kita oncall en  :'/ suwit giloss masa tu ! haha . sedehnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T.T Yeah mok , follow the flow :'/ sama pulak lagu tu dengan cerita kita . maigod ! 4643454645 asra :'* never 'disappear' again huh ? hahaha . muahhh .

you :')


you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you

how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do

HURTS :'/


I read this , and I just smiled ;

Imagine , meeting someone , who you never knew would mean so much to you . Talking to them everyday , looking forward to the texts that they would sent you . A good morning text , a goodnight text . Every single time that you're feeling down , they're the first person who can cheer you up . Instantly . The one person who can make you truly smile , without even trying . The one that you look forward to seeing everyday , talking to every morning , till night . The one thet truly makes you happy . The trust you have for them is so strong . Then your feelings start to kick in . You start to fall for them , you fall for them hard . Even though you know that you shouldn't , because it wouldn't end well . You confess , that you have feelings for them . They end up feeling the same way . As time passed by , you end up together . You tell them that you love them , they say they love you back . you start to hang out with them heaps . You fall for them more and more each day . Nothing could be more perfect . The one that you've wanted , is yours . But then , one day . It all disappears , everything starts to fall apart . they no longer love you , they no longer have feeling for you . YOU NOW MEAN NOTHING TO THEM . Everything you ever shared , gone . Everything that they ever said to you , was a lie .

HURTS . DOESN'T IT ?